Posts

Showing posts from 2012

Islam Di Kedah

Image
Kemasukan Islam Ke Kedah oleh: Dr. Ahmad Jelani Halimi Kedah sebagai salah sebuah negeri Melayu yang tertua di Semenanjung mempunyai perhubungan dagangan dengan negeri-negeri Arab sejak perdagangan laut di antara Tanah Arab dan China dimulakan dalam abad ke-5 Masihi. Negeri Kedah telah wujud tidak lewat daripada abad ke-4 Masihi, R. Braddell menyatakan: " Dari kalangan Negeri-negeri Melayu, hanya Kedah sahaja yang dapat mengemukakan pelbagai bukti membuktikan penempatan yang berterusan sejak dari abad ke-IV Masihi hingga ke masa orang Melayu Kedah memeluk agama Islam pada abad ke-XV " Dalam catatan orang-orang India, Kedah dikenali sebagai Kataha dalam bahasa Sanskrit atau Kadaram dalam bahasa Tamil. Dalam catatan orang-orang China, Kedah dikenali sebagai Chieh-ch'a atau Kie-teh'a. Dalam catatan ahli-ahli geografi Arab dalam abad ke-8/9 Masihi pula, Kedah dikenali sebagai Kalah. Sungguhpun Fatimi tidak bersetuju mengatakan Kalah itu Kedah, tetapi sebahagian besar se